tag:blogger.com,1999:blog-31852377924165998822023-11-15T07:33:39.455-08:00BINI TUAsmarompinphghttp://www.blogger.com/profile/07765031939653649942noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-3185237792416599882.post-50259719223544014942017-09-11T14:42:00.002-07:002017-11-14T19:58:57.698-08:00KAWIN:: Untuk renungan kita bersama ::

Kahwin ni dik macam ni

Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga ❤

Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh 😬

Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan 😢

Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan ☹

Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam 😖

Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan 😅

Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang 😱

Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan 🌺

Ada masa rasa apasal lah macam ni kehidupan 🤔

Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 💰

Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan 💸

Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman 😍

Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future 😜

Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka ✔❌

Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.

Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.

Realiti tak sama dengan fantasi 💑

Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.

Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.

Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.

Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.

:: #copypaste ::smarompinphghttp://www.blogger.com/profile/07765031939653649942noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3185237792416599882.post-37906650479351516362017-09-10T20:52:00.000-07:002017-11-14T19:59:36.922-08:00KAWIN LAGIArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/mencari-kebahagiaan-punca-suami-kahwin-lagi-1.516733#ixzz4sL48qeDK
© Utusan Melayu (M) Bhd

“SEMUA lelaki berpendapat mereka mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk berpoligami. Berjaya atau tidak, berani atau takut semuanya terletak di tangan lelaki. Kalau tak ada sebab pun suami yang berhajat berkahwin lebih daripada satu akan mengadakan atau mencari-cari sebab untuk membenarkan keinginan mereka berkahwin lagi.
“Sebagai isteri sudah pasti menentang hasrat suami mereka. Peperangan, pertengkaran demi pertengkaran dan berakhir dengan perang dingin sudah pasti berlaku. Bukan setakat dengan isteri, tetapi lebih teruk dengan anak-anak. Namun itu semua tidak mematahkan hasrat si suami hendak kahwin lagi.
“Bagaimana pun akhirnya bukan suami yang jadi mangsa, tetapi isteri baru bukan sahaja dilemparkan pelbagai tuduhan, malahan maki hamun, ugutan dan cercaan. Saya tak bercakap pasal wanita lain, tetapi saya sendiri yang menjadi mangsa kerana sudi jadi isteri kedua.’’ Itu cerita Ariyanawati ketika menghubungi penulis bertanya tentang KSIT baru-baru ini.
“Saya jadi mangsa cacian bukan ketika berita perkahwinan kami sampai ke telinga mereka kira-kira 12 tahun lalu, malah hingga kini walaupun suami saya sudah tiga tahun meninggal dunia. Mereka tidak pernah puas hati apa lagi terima saya, malah, keturunan dan negeri saya pun turut menjadi mangsa cacian mereka.
“Sepanjang hidup, tidak pernah terlintas atau terfikir saya ingin ambil apa lagi merampas suami orang. Saya datang ke negeri ini kerana hendak bekerja.
“Saya dapat tawaran dari saudara yang baru balik dari Semenanjung mengkhabarkan kilang tempat dia bekerja ingin mengambil ramai pekerja. Tertarik dengan peluang itu saya ikut saudara datang ke semenanjung menumpang di rumahnya untuk bekerja.
“Memang kami bukan orang senang, kampung pun jauh di pendalaman, tetapi bila saya lihat banyak perubahan pada diri saudara saya itu, maka saya ingin menjadi sepertinya. Berani cuba mencari nafkah di tempat orang. Di kampung saya lulus SPM sudah dua tahun menganggur sebab tak ada kilang apa lagi projek-projek besar macam di Semenanjung.
“Duit memang tak ada, tetapi emak terpaksa jual gelang pusaka nenek untuk saya buat tambang dan makan. Takkan tumpang rumah saudara, makan pun minta dia tanggung. Nasib menyebelahi saya, saya dapat kerja kilang tersebut. Dengan duit yang sedikit saya berjimat sementara dapat gaji dua minggu sekali.
“Setelah tiga tahun bekerja ketika umur mencecah 24 tahun saya berkenalan dengan seorang lelaki yang pada awalnya saya panggil pakcik Aman sebab melihat dari wajahnya kelihatan tua.
“Kami kenal sebab dia sering memerhatikan pekerjanya membaiki longkang, bersihkan bangunan dan kawasan keliling kilang. Perkenalan kami bermula apabila Aman secara tidak langsung perkenalkan pembantunya dan berkahwin dengan saudara saya.
“Ketika menjadi saksi barulah saya tahu umurnya baru 50 tahun, dan kerana saudara saya panggil dia abang, maka saya pun panggil abang juga. Saya perhatikan dia baik dan dan dari situ kami kenal lebih rapat, sebab sering bertandang ke rumah saudara saya di mana saya menumpang.
Akhirnya dia melamar saya jadi isteri keduanya. Terkejut saya! Memang saya tak berani sebab saya tahu bahana yang bakal saya tempoh nanti. Tetapi Aman beri jaminan dia tidak akan menganiaya saya.
“Sebelum terima lamarannya saya tanya tentang hubungannya dengan anak isterinya, katanya hubungan mereka baik. Jadi kalau dah baik, mengapa mesti kahwin lagi? Jagalah isteri baik-baik. Katanya ‘baik’ bukan bermaksud isterinya jahat, sebaliknya sudah dingin, isterinya lebih pentingkan anak cucu daripada dirinya.
Isterinya sudah dilengkapkan dengan segala apa yang diingininya, jadi sampailah masa dan ketikanya dia ingin menggembirakan dan membahagiakan dirinya sendiri. Dan setiap lelaki punya sebab mereka tersendiri untuk berpoligami yang sukar untuk diceritakan keinginannya kepada orang lain.
“Saya tanya lagi apakah dia mampu berpoligami? Katanya dia ada tiga orang anak, semuanya sudah bekerja, yang sulung sudah berkahwin dan ada seorang anak. Katanya lagi perniagaannya bukan satu malah tiga. Tetapi dia pilih datang ke kilang tempat saya bekerja, sebab dia rasa selesa tambahan pula satu syarikat lagi diuruskan oleh anak sulungnya atas permintaan isterinya.
“Dari perbualan kami Aman tidak pernah memburuk-burukkan isterinya, semuanya baik, tetapi katanya dia hendak kahwin lagi sebab dia ingin mencari kebahagiaannya sendiri, biarlah di hujung nyawanya dia dapat merasakan kebahagiaan.
“Memang sedih bila dia cakap seperti itu, tetapi dia tidak pernah ceritakan mengapa dia tidak bahagia dengan isteri dan anak-anaknya.
Amaran
“Katanya dia hanya beritahu isterinya setelah dia berkahwin. Dan dia sedar perkahwinan ini datang bersama tanggungjawab. Dia telah laksanakan tanggungjawab itu dengan isteri pertama dan dengan sedikit kekuatan yang ada dia akan penuhi tanggungjawabnya dengan saya, jika sudi jadi isteri keduanya, dan dia tidak akan menceraikan isterinya.
“Akhirnya kami berkahwin di sempadan, katanya dia ingin menjaga hati isterinya, selepas ini dia akan beritahu.
“Sudah pasti perkahwinan kami banyak masalah. Bukan sahaja isteri, malah anak-anak ikut sama menyerang dan memaki hamun saya. Berita sampai ke telinga Aman. Lepas itu keadaan jadi aman, saya tidak diganggu lagi.
“Rupanya Aman beri amaran jika isterinya mahu bercerai maka dia mesti sedia terima bahawa semua hartanya tidak akan jadi milik mereka lagi, akan dibahagi ikut kehendaknya. Sebab semua rumah, tanah dan syarikat atas namanya.
Amaran Aman lagi rumah banglo yang mereka duduk sekarang bukan lagi jadi milik mereka jika tak mahu terima saya, sebaliknya mereka akan diberi rumah lain. Dia tidak perlu beri nafkah sebab anak-anak sudah bekerja,
“Kata Aman dia tidak pernah berhasrat hendak ambil semua harta yang ada, sebaliknya itu jadi milik isteri pertamanya. Lainlah jika bercerai. Untuk saya dia akan berikan rumah lain jika ada rezeki. Kami kemudiannya dapat hidup aman, dan saya kemudiannya melahirkan tiga orang anak. Memang Aman suami yang bertanggungjawab.
“Walaupun ada dua rumah, tetapi dia tetap balik rumah isteri tuanya, walaupun kehadirannya tidak berapa disenangi oleh isteri dan anak-anaknya. Terutama setelah Aman beri amaran tentang harta yang menjadi milik mereka selama ini. Kata Aman dia amat sedih dengan kerenah isterinya yang lebih sayangkan harta yang dia miliki daripada suaminya.
“Kata Aman dia kahwin lagi bukan bermakna tak sayangkan isterinya, tetapi dia ingin cari kebahagiaan sendiri setelah dia berhempas pulas beri kesenangan hidup kepada keluarganya. Nak cerai boleh, tetapi mereka akan rugi. Itu amaran Aman kepada isteri dan anak-anaknya.
“Amaran Aman memang dapat beri ketenangan kepada saya tetapi untuk sementara sahaja. Kerana selepas 10 tahun berkahwin, ketika anak-anak masih kecil Aman meninggal dunia. Gelap dunia saya ketika itu, sebab tidak bekerja lagi, tidak ada punca pendapatan. Bagaimana saya hendak membesarkan anak-anak.
“Tetapi saya bersyukur Aman sempat menyiapkan sebuah rumah untuk saya yang dibina di atas sekeping tanah yang diberinya untuk saya. Di tepi rumah saya itu Aman dirikan rumah sewa tiga pintu, kata Aman ketika mendirikan rumah tersebut, rumah ini untuk saya, sementara rumah sewa itu untuk anak-anak saya bila mereka besar nanti.
Tetapi semasa masih kecil, pendapatan dari sewa rumah itu boleh digunakan untuk membesarkan anak-anak dan persekolahan mereka. Katanya lagi, dia tidak ada banyak masa lagi untuk bina rumah lain untuk saya, itulah sahaja yang dia dapat buatkan untuk saya.
“Katanya dia telah sediakan rumah, tiga buah rumah untuk isteri pertama dan anak-anaknya. Dan dia mahu rumah ini nanti menjadi milik saya untuk besarkan anak-anak, dia tak ada banyak duit kerana setengah dari simpanannya digunakan untuk beli tanah dan bina rumah untuk saya. Itu janji dan harapannya sebelum dia meninggal dunia secara mengejut kerana serangan jantung.
“Tetapi setelah Aman meninggal dunia, anak-anaknya datang dan halau saya keluar dari rumah itu. Katanya rumah saya ini rumah pusaka yang menjadi milik mereka.
“Kerana saya berkeras tidak mahu keluar mereka gunakan peguam halau saya. Atas nasihat kawan dan jiran mereka nasihatkan saya cari peguam juga. Tetapi saya tak ada banyak duit.
“Namun untuk mempertahankan hak, saya terpaksa cari peguam juga yang sanggup terima bayaran yang murah dan beransur. Saya juga terpaksa benarkan mereka anak beranak ambil duit sewa rumah yang diperuntukkan kepada saya, walaupun telah diwasiatkan oleh arwah kepada saya, tetapi siapalah saya untuk pertahankan hak.
“Apa yang amat menyedihkan saya, apakah cara lain dapat saya gunakan untuk mencari rezeki, hendak keluar bekerja anak-anak masih kecil dan saya tidak ada kemahiran, sekolah pun sampai SPM mana nak laku. Pengalaman cuma bekerja kilang. Kalau kerja kilang anak-anak saya siapa nak jaga, saya sebatang kara di sini, kepada sesiapa saya boleh minta bantuan.
“Namun untuk meneruskan hidup, saya terpaksa sewakan bilik rumah saya ini kepada gadis-gadis yang bekerja di kawasan sekitar, saya juga berniaga kecil-kecilan jual jajan dan kuih muih untuk cari rezeki buat menanggung anak-anak. Namun saya bersyukur masih ada bumbung untuk berteduh dan lantai untuk tidur.
“Saya juga berdoa mereka tidak halau saya keluar dari rumah ini, ke manalah saya hendak pergi jika dihalau. Saya sentiasa berdoa supaya hajat dan harapan arwah suami saya dirikan rumah ini akan terus jadi milik saya dan anak-anak.
Kesimpulannya, berkahwin suami orang bukannya membahagiakan jika tanpa suami di sisi. Kesilapan arwah, dia belum sempat mewasiatkan rumah ini kepada saya dan anak-anak. “ Itu cerita Ariyanawati panjang lebar tentang nasih dan masalah yang dihadapinya dalam membesarkan anak-anak sebagai isteri kedua.
smarompinphghttp://www.blogger.com/profile/07765031939653649942noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3185237792416599882.post-18538153619127077072017-09-06T17:59:00.000-07:002017-09-07T02:27:37.237-07:00HOW TO MAKE A MAN HAPPY:David Cheah:

HOW TO MAKE A MAN HAPPY:

1. Feed him

2. Sleep with him

3. Leave him in peace

4. Don't check his phone (Msgs)

5. Don't bother him with his movements

6. Clean the house

7. Wash his cloth

So what's so hard about that?

HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY:

It's really not too difficult but... To make a woman happy, a man only needs to be:

1. a friend

2. a companion

3. a lover

4. a brother

5. a father

6. a master

7. a chef

8. an electrician

9. a plumber

10. a mechanic

11. a carpenter

12. a decorator

13. a stylist

14. a sexologist

15. a gynecologist

16. a psychologist

17. a pest exterminator

18. a psychiatrist

19. a healer

20. a good listener

21. an organizer

22. a good father

23. very clean

24. sympathetic

25. athletic

26. warm

27. attentive

28. gallant

29. intelligent

30. funny

31. creative

32. tender

33. strong

34. understanding

35. tolerant

36. prudent

37. ambitious

38. capable

39. courageous

40. determined

41. true

42. dependable

43. passionate

WITHOUT FORGETTING TO:

44. give her compliments regularly

45. go shopping with her

46. be honest

47. not stress her out

48. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

49. give her lots of attention

50. give her lots of time, especially time for herself

51. give her lots of space, never worrying about where she goes

BUT MOST OF ALL IT IS VERY IMPORTANT:

52. Should learn not to ask for change when u give money for shopping. Whatever u give out becomes rightly hers no matter how big the note is.

TO MAKE A WOMAN HAPPY IS A SERIOUS BUSINESS OO 😄😀😃😜🌹 Send this to everyone on your list. Make a happy home. Wishing you all a HAPPY FAMILY.smarompinphghttp://www.blogger.com/profile/07765031939653649942noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3185237792416599882.post-91908269173524580222017-09-05T04:21:00.000-07:002017-09-07T02:28:10.406-07:00CP WHATSAPP*SUAMI ISTERI WAJIB BACA*

(Baca smpi habis, mungkin ada manik2 jernih di kelopak mata yg dtahan2kan, supaya tak jatuh😢)

Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi sesiapa yang meluangkan masa membacanya....

*MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN UBAH DIRI*

Satu hari saya bersembang bersama dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Ayah nak tahu tak, masa kecil-kecil dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila ayah dengan ibu sering bergaduh dan hampir-hampir nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Kata anak perempuan saya..

Saya hanya tersenyum saja.. teringat kisah lama.

Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya peristiwa ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.

Dahulu ayah berkahwin dengan ibu engkau atas dasar suka sama suka, tetapi ayah sendiri tak berapa pasti apa yang ayah suka pada ibu engkau, tapi apa yang ayah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang-kadang nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, ibu engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, ayah sendiri naik angin, kadang-kadang sampai baling barang kesana kemari. Ayah tahu, anak-anak semua jadi takut pada ayah, tapi ayah rasa ibu engkau selalu buat perkara yang ayah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang-kadang asing-asing. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, ayah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.

Satu hari ayah kerja outstation, cuba telefon ibu engkau nak bertanya khabar, ayah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Ibu engkau terus hempas telefon. Waktu itu ayah benar-benar frust, give up, rasa keseorangan, marah, ayah jerit sorang-sorang dalam kereta dan waktu itu ayah rasa ia betul-betul dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.

Malam tu ayah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat ibu engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call ibu engkau semula seperti mana yang ayah buat selalu, sebab ayah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini ayah nekad, apa nak jadi, jadilah. Ayah dah tak sanggup hidup bersama ibu engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum ayah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.

Dalam keadaan yang tak keruan itu, ayah tak sedar bila masa ayah bangun dan ayah ambil sejadah dan ayah solat ditengah-tengah malam. Ini jalan terakhir, ayah berdoa dan mengadu pada ALLAH. Itulah malam yang ayah tak boleh lupa hingga hari ini. Ayah mengadu yang kahwin dengan ibu engkau adalah satu kesilapan dan ayah dah tak mahu terusnya lagi. Memang ayah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak-anak, tetapi meneruskan hidup dengan ibu engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama ayah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba ayah mula konfius, ayah rasa ayah orang baik, ayah selalu betul dan ibu engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan ayah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya ayah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap ayah?

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi ayah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan ibu engkau, tiba-tiba ayah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran ayah. Seperti ayah mendapat kekuatan bercakap dengan diri ayah sendiri. "Ayah tak boleh nak ubah ibu engkau, ayah hanya boleh ubah diri ayah sendiri. Ayah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah."

Esoknya, ayah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation ayah sudah habis. Sesampai dirumah, anak-anak riang gembira sambut ayah balik, tapi ibu engkau bergegas pergi ke dapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan ayah, langsung tak bercakap dengan ayah pada hari itu.

Malam tu, ayah tidur, tapi ibu engkau bagi belakang aje kat ayah. Bila ayah dah rasa ibu engkau benar-benar tidur, ayah selimutkan dia, dan ayah perasan tiba-tiba dia terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini ayah tersenyum saje, tak seperti selalu.

Esok pagi, ayah datang dekat-dekat ibu engkau, ayah bagi salam, dan ayah tanya dia "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Ibu engkau lihat ayah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"

Ayah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Awak memang tak boleh, dah bertahun awak. Pasal apa awak tanya ni?"

"Saya benar-benar ingin berubah kali ini, saya benar-benar ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."

Ibu engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul-betul nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu"

Mesti waktu tu ibu engkau jangka ayah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi ayah hanya senyum dan mengangguk, tup tup ayah pergi ke dapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah ayah bersiap-siap untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau ibu engkau merajuk, jangan harap apa-apa sarapan pagi akan ada. Tapi kali ini ayah tak kisah. Bila dah siap, ayah cium kepala ibu engkau dan ayah terus pergi kerja.

Esok pagi ayah buat perkara yang sama, pagi-pagi ayah bangun, ayah bagi salam kat ibu engkau dan ayah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Mata ibu engkau masih pandang kelain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak-anak"

Ayah tarik nafas dalam-dalam, ibu engkau tahu, ayah kalut nak pergi kerja, dan ayah rasa dia sengaja nak tengok ayah nak mengamuk lagi, tapi kali ini ayah hanya senyum, ayah mengangguk, dan ayah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goreng dan air kopi panas. Semuanya ayah letak bawah tudung saji. Lepas tu, ayah sendiri tak makan, dan ayah bersiap utk pergi kerja sebab dah lewat. Sebelum pergi ayah cium kepala ibu engkau dan baru ayah pergi kerja.

Esoknya, pagi-pagi lagi ayah dah bangun, ayah gerak ibu engkau, bagi salam dan ayah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Tak ada apa awak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"

"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak"

Ibu engkau diam, mata dia pandang ke tempat lain, tapi ayah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila ayah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, ayah perasan ibu engkau lap mata dia.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa ayah tanya soalan yang sama pada ibu engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu ayah tanya soalan yang sama pada ibu engkau, tiba-tiba ibu engkau menangis dan peluk kaki ayah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya sayalah yang bermasalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".

Perlahan-lahan ayah angkat dagu ibu engkau dan ayah cakap,

"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak-anak saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayangkan awak"

Ayah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Patutnya saya yang tanya soalan itu"

"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Ibu engkau renung ayah dan dia kata " Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak-budak kat rumah atok dia"

"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"

Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Ibu engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada ayah. "Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan ibu dengan ayah lebih bahagia. Kadang-kadang masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing-masing, tidak seperti dulu lagi.

Ayah dan ibu kahwin dah lebih 20 tahun, ayah bukan saja sayang ibu engkau, ayah suka dia, ayah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat ayah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya ayah dah tak kisah. Ayah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.

Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Saya sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.

Marilah kita sama-sama mendalami ilmu kekeluargaan demi kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga kita semua.

Menerima tulisan ini daripada seorang sahabat melalui aplikasi Whatsapp tanpa diketahui siapa penulisnya. Didoakan yang menulis dan memanjangkannya diberikan pahala yang melimpah ruah. Nasihat yang bermanafaat ❤smarompinphghttp://www.blogger.com/profile/07765031939653649942noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3185237792416599882.post-71174154999901388272016-10-11T20:36:00.004-07:002016-10-25T17:08:03.371-07:00BINI TUABila sudah tua, siapa yang remehkan taste bini dia, ingatlah bahawa dia sendiri adalah sebahagian 'yang lama' dari taste itu!

CERITA KARANGAN WHATSAPP:

Abang: Sayang............mlm ni mlm juma... (xsempat habis cakap)

Sayang: Abang, tolonglah faham, saya ni perempuan. Ada waktu2 yg tak boleh diganggu.

Abang: Ye lah sayang..... (berlalu pergi, spt selalu)

Dek kerana kerap sgt si isteri menghalang, si suami pun mula menanda kalendar isterinya:

1hb: period, xleh ganggu

2hb: period, xleh ganggu

3hb: period, xleh ganggu

4hb: period, xleh ganggu

5hb: period, xleh ganggu

6hb: period, xleh ganggu

7hb: period, xleh ganggu

8hb: habis period, belum mandi

9hb: xmandi lg, rasa mcm ada skit lagi

10hb: baru lepas period, so xleh ganggu

11hb: baru lagi ni, xleh ganggu lagi

12hb: xsedia lagi, xleh ganggu

13hb: kena hati2, xleh ganggu

14hb: waktu subur, xleh ganggu

15hb: waktu subur lagi, xleh ganggu

16hb: masih subur, xleh ganggu

17hb: kurang subur, belum boleh ganggu

18hb: xbrp subur doh tp xdop mood, so xleh ganggu

19hb: xsubur & xdop mood lagi, xleh ganggu

20hb: mood xcomey, xleh ganggu

21hb: mood xmari, xleh ganggu

22hb: mood x elok, xleh ganggu

23hb: wase mcm xsedap badan, xleh ganggu

24hb: mungkin sbb nk mari period, xleh ganggu

25hb: yer doh ni nk mari period, xleh ganggu

26hb: dekat doh nk period ni, xleh ganggu

27hb: wase mcm nk mari period, xleh ganggu

28hb: nok period doh ni, xleh ganggu

29hb: nok period lele doh ni, xleh ganggu

30hb: skiiitttt lagi nk period, jangan ganggu

31hb: mari blaka doh tanda2 nk period, jgn ganggu

Si suami ini pun sangat sedih, lantaran setiap hari isterinya rasa terganggu dengannya.

Atas nasihat bbrp orang alim, si suami pun berkahwin lagi.

Selepas melalui beberapa episod baling pinggan perang mulut tidur luar merajuk menyumpah seranah bagai, si suami pun mula menanda semula kalendar isteri pertamanya:

1hb: hari ni turn saya yer abang

2hb: abg turn sana, sunyi saya

3hb: yeay abg balik sini mlm ni

4hb: xpuas lagi duk ngan abg smlm

5hb: alhamdulillah mlm ni dia milikku

6hb: abg xbalik, rindunyer kat abg

7hb: hari ni abg balik, nk masak special

8hb: hari ni main dgn anak2

9hb: hari ni bersama abg tersayang

10hb: kemas rumah je lah, abg xde

11hb: bestnyer jumpa abg lagi

12hb: rasa nak jogging lah hari ni

13hb: mesti mlm ni abg perasan sy makin kurus

14hb: abg xde, shopping dulu

15hb: abg ada, nk ajak abg shoppinglah

16hb: rindunyer dekat abang

17hb: jumpa abg lagi hari ni, bestnyer!

18hb: selalu rasa rindu....

19hb: marilah ganggu saya bang

20hb: xde org ker sy nak ganggu hari ni...?

21hb: hari ni sy pulak ganggu abg

22hb: duk sorg2, gi SPA pun best jgk ni...

23hb: cantik x saya abg, mari lah...

24hb: hmmm xpuas duk ngan abg smlm

25hb: sy belum period ni bang, marilah....

26hb: mentang2 sy nk period, xbalik abg mlm ni

27hb: tau lah saya period, tp jom lah tido sama...

28hb: sunyi nye abg xde. Rindu.

29hb: saya kacau abg boleh? Abg duk diam2 je, sy period ni...

30hb: bila laa nak abis period ni

31hb: yeay dah boleh mandi, siap laa abg!

Langsung tiada perkataan "tak boleh ganggu".

Setiap hari si isteri rasa gembira & bahagia, malah sentiasa mengharapkan "gangguan" si suami. Bila si suami xganggu pun si ister yg mengganggu.

Bila ditanya tak mengaku. Biasalah, orang perempuan pun ada egonya.

Itulah kebahagiaan dlm poligami yg ramai isteri tak tahu. Tak boleh dilihat dgn mata kasar. Kena lalu baru tahu. Tak kenal maka tak cinta.

Suruhan Allah s.w.t pastinya membahagiakan. Sama jgk spt hudud dsb, bila ikut logik akal mmg xdpt jwpn.

Kepada para isteri, carikanlah isteri utk suamimu, kerana itulah kunci kebahagiaanmu. Lebih cepat, lebih bahagia. In sya Allah....

Betoi kannn????? 😁😁😄😄

ISTERI TERLUKA :

TRIP MAIN GOLF, TAPI JUMPA ISTERI MUDA

normala hamzah

22 Oktober 2016 12:19 AM

Menjadi
lumrah, lelaki yang sudah berkahwin apabila banyak harta dan ada
gelaran mula cari sebab untuk menambah cawangan. Mula nampak keburukan
isteri.

Semua yang dibuat oleh isteri tidak kena
sehingga mendera perasaan isteri sedangkan sebelum ini, isterilah yang
buat semuanya. Ingin tahu apa kisah seterusnya minggu ini, Shereen
(bukan nama sebenar) ada cerita yang ingin dikongsinya dengan pembaca.

Ini kisah Shereen

“Umur
saya 56 tahun, masih bekerja. Suami seorang ahli perniagaan berjaya,
ada nama, gelaran dan dikenali ramai. Kami telah mendirikan rumah tangga
selama 30 tahun.

“Mempunyai tiga orang anak,
seorang lelaki dan dua perempuan yang telah dewasa, berkahwin dan
mempunyai keluarga sendiri. Kami juga telah dikurniakan tiga orang cucu.
Alhamdulillah.

“Sejak berkahwin, saya sangat
bahagia, suami seorang yang penyayang dan menjalankan tanggungjawabnya
dengan baik. tapi itu dahulu, masa dia susah, masa sedang berjuang untuk
berjaya.

“Tidak lagi sekarang. Manusia
berubah. Begitu juga dengan suami saya. Tidak boleh larang, tidak boleh
halang. Orang lelaki memang begitu agaknya perangai mereka. Masa susah
dengan isteri, bila senang, berkongsi dengan orang lain.

“Tapi
saya percaya tidak semua lelaki begitu, ada yang baik dan kekal
sayangkan isteri sampai mati, bertuah mereka, tapi tidak bagi saya.

“Saya
mula diabaikan suami lima tahun lalu setelah dia mendapat gelaran,
bisnesnya menjadi-jadi, klien sana klien sini, golf sana, golf sini.

“Biasalah
kita isteri yang low profile, yang tidak menumpang nama dan gelaran
suami. Yang tidak menonjol diri sebagai isteri ahli perniagaan berjaya.
Tidak pandai nak pergi main golf, nak ke spa dan gimnasium setiap
petang.

“Sebab itu bukan dunia saya. Dunia
saya selepas balik kerja adalah di rumah, mengurus rumah tangga dan
paling tidak, berehat untuk menenangkan fikiran. Saya tidak sedar bila
drama kisah cinta suami bermula. Bila saya sedar, dia sudah bernikah.

“Wanita
pilihannya dari seberang. Kononnya semasa berulang alik ke sana bermain
golf, dia terjerat dengan wanita itu. Kerap juga saya jumpa bil hotel,
makan minum bila dia balik dari bermain golf. Satu hari, saya jumpa bil
yang mencurigakan. Bil membeli-belah di mall yang antaranya termasuk
pakaian kanak-kanak dan permainan kanak-kanak.

“Tapi saya tidak bertanya, saya nak siasat dan cari bukti dahulu.

“Lagipun
hati saya tidak tenteram sebab suami kerap sangat ke seberang untuk
bermain golf. Sebulan hampir lima kali. Pelik juga, selalu tiga bulan
sekali.

“Akhirnya Allah tunjuk kebenarannya.
Saya melihat sendiri suami dengan isteri mudanya di sebuah hotel di
sana. Ada seorang kanak-kanak lelaki, berusia dalam empat tahun. Cara
dia layan budak itu macam anak. Sah itu anaknya.

“Hendak
sembunyi di mana kalau mata sudah bertentang mata, kelam kabut juga dia
jadinya. Saya tidak panik, tidak marah dan tidak menangis. Saya senyum
sahaja sebab Allah sudah tunjuk kebenaran kepada saya.

“Jumpa
di rumah kita selesaikan, kata saya tenang sambil meninggalkan hotel
tersebut. Suami terpinga-pinga dan tidak berkata apa-apa, macam orang
bodoh. Nampak sangat dia tidak keruan.

“Balik
dari sana kami tidak bertegur sapa. Saya sengaja simpan perasaan saya
sebab saya ada plan, saya buat persiapan untuk menyerang. Saya hendak
selesaikan masalah kami.

“Apa nak jadi,
jadilah. Saya hendak anak-anak jadi saksi, mereka sudah cukup dewasa
untuk faham keadaan saya dan ayah mereka. Saya jemput anak menantu semua
ke rumah untuk membuat pengumuman penting. Mereka semua sangat suspen
sebab saya tidak beritahu untuk apa.

“Makan
malam berlangsung dengan tenang. Anak-anak, menantu dan cucu semua
sangat gembira. Selesai semuanya saya panggil mereka ke ruang tamu. Saya
buat pengumuman yang saya hendak berpisah dengan ayah mereka.

“Tergamam
semuanya. Wajah suami berubah sama sekali. Dia sangat terkejut dengan
keputusan saya. Anak-anak bertanya kenapa, saya ceritakan semuanya. Saya
tunjukkan gambar ayah mereka dengan isteri baharu sebagai bukti.

“Ini
bukti kenapa ayah selalu pergi ke sana main golf, alasan sahaja tetapi
ayah dah bernikah lain tanpa pengetahuan mama. Ayah tipu mama. Ayah buat
mama macam orang bodoh. Sekarang mama nak ayah ceraikan mama.

“Kalau
anak-anak sayangkan mama, reda dengan keputusan mama ini, kata saya
sebak. Tapi saya nekad dengan keputusan saya. Apapun tidak boleh
menghalang keputusan saya, juga anak-anak.

“Anak-anak
tidak ada yang membantah. Mereka hormat keputusan saya. Dan malam itu
saya terputus hubungan dengan suami. Dia juga reda dengan keputusan saya
dan sangat kecewa. Dia minta maaf kerana mengkhianati rumah tangga
kami.

“Sudah terlambat untuk minta maaf.
Semuanya sudah tertulis. Saya bahagia dengan cara hidup saya sekarang,
walau tanpa suami, saya gembira. Tak apalah tak ada gelaran. Bukan
mustahak pun, lagi pun tumpang gelaran suami. Bukan boleh bawa mati pun.

“Kepada
lelaki di luar sana, saya ingatkan, jangan lupa diri bila sudah kaya,
ada gelaran. Tak ke mana pun. Jangan tipu isteri, lambat laun dia akan
tahu juga. Saya yakin semua kawan-kawan bekas suami dalam group golf itu
juga pasang cawangan, sebab semasa di hotel tersebut, ramai sangat
wanita dan anak kecil berada di lobi.

“Terima
kasih Laila (bukan nama sebenar), teman saya ke seberang untuk misi
ini. Semoga Allah lindungi dan berkati hidup saya, anak menantu dan
cucu-cucu saya,” Shereen menutup ceritanya.

Alahai
sedihnya baca cerita Shereen. Banyak bersabar Shereen. Anda telah buat
keputusan yang anda sahaja faham. Memang betul, sakit sangat bila kasih
kita dikhianati orang tersayang.

Saya kagum
dengan cara anda menangani masalah ini, mencari bukti kecurangan suami
dengan cara paling berhemah. Ingatlah suami-suami semua, walaupun berhak
kahwin empat, tidak bermakna hati isteri perlu disakiti.

Duhai
para isteri, awas jika suami kerap out station ke luar negara, bukan
sahaja untuk bermain golf, tapi untuk apa tugasan sekalipun, baik ikut
atau pastikan memang tujuan mereka yang benar, bukan mengambil
kesempatan.

Pesanan saya di akhir catatan,
berterus terang adalah jalan terbaik untuk menangani masalah walaupun
perit tetapi ia boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak ikhlas dan jujur
dalam perhubungan.

Salam

Jika tuan/puan ada cerita boleh hantar ke blog ini untuk disiarkan!

CERITA YANG BOLEH JADI RENUNGAN:

Susahnya jaga isteri muda

Kerana faktor usia, Salim tidak berdaya melayan isteri yang masih ‘galak’ di luar

Oleh ROSMAH DAIN

18 Ogos 2016 6:00 PM

HENDAK diceritakan salah, tidak diceritakan menjeruk perasaan sendiri. Itu yang difikirkan oleh Salim, seorang warga emas berusia 71 tahun, yang ditemui di sebuah wad di hospital di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mungkin akibat runtunan perasaan yang keterlaluan menyebabkan dia tidak segan- silu meluahkan perasaannya yang berada keseorangan di katil wad respiratori berkenaan.

Sepanjang berada di situ, hanya dua keluarga sahaja yang melawatnya, itupun anak-anak saudara yang masih lagi mengingati Salim. Tetapi tidak pernah melihat pula ahli-ahli keluarga terdekat sama ada anak mahupun isterinya.

Salim terlantar selama seminggu di wad berkenaan selepas diserang penyakit asma kronik dan kerana umurnya yang telah lanjut menyebabkan dia juga mengalami sakit-sakit tua yang lain.

Apabila ditanya mengenai isteri dan anak-anaknya, Salim hanya menjawab, sehingga ke hari ini mereka tidak datang menjenguk. Mungkin katanya, akibat selalu masuk hospital, ahli-ahli keluarganya sendiri enggan menjaganya. Lagipun mereka sendiri mempunyai tugas masing-masing.

Kata Salim dia masih mempunyai isteri, berusia 35 tahun, masih cantik dan menawan. Perkahwinan mereka yang berlangsung selama 15 tahun tidak dikurniakan sebarang cahaya mata, namun Salim sendiri sebenarnya mempunyai tiga orang anak yang sudah dewasa hasil perkahwinan pertama.

“Saya berkahwin dengan isteri sekarang ketika berumur 56 tahun, ketika saya sendiri telah mempunyai isteri yang berusia 55 tahun. Waktu itu, saya bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat pemasaran.

“Biarpun pada waktu itu sudah agak berusia, tubuh saya masih tegap dan segak. Apatah lagi, sebaik sahaja mengeluarkan caruman wang persaraan ketika berusia 55 tahun, saya mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan.

“Ketika itu saya mempunyai seorang kerani sulit yang baharu sahaja masuk kerja di tempat saya. Atas kapasiti dan kredibiliti sebagai seorang eksekutif, gadis ini akhirnya dapat saya pikat dan kemudian kami berkahwin. Manakala isteri pertama, saya ceraikan yang kemudian bersama anak-anak, mereka keluar dari rumah kerana saya mahu bawa masuk isteri muda ke rumah itu.

“Hari-hari saya lalui dengan gembira kerana umpama mendapat pucuk muda kata orang. Tidak pernah saya berenggang dengan isteri muda. Duit yang ada kami joli pergi bercuti.

“Masa itu saya tidak ingat hari akan datang. Saya tidak ingat satu hari nanti saya akan tua dan sakit, tidak ingat anak-anak akan benci atas perlakuan sombong saya terhadap mereka. Tidak ingat apa akan jadi bila saya tiada duit dan tidak ingat saya perlukan mereka untuk menjaga saya.

“Setelah bercerai, nasib anak-anak dan bekas isteri tidak lagi saya ambil peduli. Semuanya saya padam dalam lipatan ingatan kerana sedang asyik maksyuk bersama isteri muda.

“Setelah beberapa tahun berkahwin, faktor usia sudah mula memberi kesannya pada saya. Orang tua, badan cepat letih, tidak larat, malas dan sebagainya. Sebaliknya isteri saya yang masih muda terus ligat. Dia semakin bebas apatah lagi perkahwinan kami tidak dikurniakan cahaya mata, jadi dia tidak terikat untuk menjaga sesiapa.

“Di luar dia semakin liar, berjumpa dengan ramai orang terutama ketika di tempat kerja. Saya pula, sejak bersara hanya terperap di rumah tidak larat untuk mengikut rentak isteri yang semakin tidak betah berada di rumah. Biasanya, awal pagi dia sudah keluar ke tempat kerja dan balik lewat malam.

“Makan minum saya tidak dihirau, semua saya urus sendiri. Berseorangan di rumah, biasanya saya makan nasi bungkus sahaja.

“Memang saya akui, saya kini tidak mampu memenuhi nafkah zahirnya kerana duit simpanan dan KWSP sudah habis digunakan ketika awal perkahwinan dulu,” katanya sayu.

Biarpun begitu kata Salim, isterinya itu tidak pernah pula menyatakan ingin bercerai. Ini mungkin sebab ibu bapa isterinya itu tidak mahu anaknya itu bercerai.

Justeru, perkahwinan yang dibina kekal biarpun pada hakikatnya isterinya tidak pernah menjaganya. Bukan itu sahaja, bila mereka berjalan berdua, isterinya akan berjalan dahulu di hadapan mungkin sebab malu suaminya tua. Apabila ke majlis-majlis tertentu, seboleh-bolehnya dia enggan pergi bersama kerana tidak mahu orang tahu dia bersuamikan orang tua sedangkan dia masih bergaya.

“Hati siapa yang tidak sakit apabila melihat isteri sendiri dipikat oleh lelaki-lelaki muda. Kadangkala saya melihat dia sengaja respon kerana mahu menyakiti hati saya.

“Banyak sebenarnya yang dia buat di belakang yang saya tidak tahu. Kini saya tidak lagi mahu memikirkan apa yang dia buat di belakang saya kerana saya sendiri tidak sihat. Saya kini hanya mahu bertenang dan mendekatkan diri dengan Tuhan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/susahnya-jaga-isteri-muda-1.371973

SATU LAGI CERITA:

Ahad, 23 Disember 2007

Kisah bini tua dgn bini-bini muda

Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse, tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang(lelaki beriman OK la kut...) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki
tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan
orang.Kak Nani, namanya=Rosnani.

Tapi entah macam mana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah sendiri.Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu
di hari bahagia suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dengan senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa?

Setahun, dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua di atas
tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah, senyum,bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami Kak Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan yakinnya berkata, "Tak perlulah jumpa suami akak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was". Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, Kak Nani dengan pantas mencelah, "Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa ..."

"Biarlah betul-betuk kak" kata saya . Jawab kak Nani, "kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka
mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang
mereka pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami"

Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani menyambung, "dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini", sambil dia menggoyang-goyangkan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3, setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan
bukannya jantan !!...
Dicatat oleh  Azam  di 6:16 PTG

CATATAN DARI WHATSAPP:

Seorang wanita telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada suaminya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail suaminya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang duda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian isterinya. Duda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si duda tersebut pun pengsan. Anak lelaki duda tersebut pun bergegas ke bilik ayahnya dan mendapati ayahnya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Suami kesayanganku

Date : 11 Oct 2016

Subject : Sayang telah selamat sampai

Sayang tahu Abang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Sayang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.Sayang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti,Abang.Sayang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Sayang lalui ketika ini.

LAGI CERITA DARI WHATSAPP:

Seorang suami datang berjumpa isterinya di dapur seraya berkata kepada
isterinya : “ siapakah anak yang paling disayangi di kalangan empat
orang anak kita ? lalu isterinya menjawab : “ semua sekali “ . suaminya
berkata : “ bagaimana hatimu boleh menyayangi mereka dalam satu masa ? “
kata siisteri : “ ini adalah ciptaan Allah, seorang ibu boleh
menyayangi semua anaknya dalam satu masa“. Lalu sisuami tersenyum
dan berkata : “ sekarang kamu faham bagaimana seorang suami boleh
menyayangi empat isteri dalam satu masa dan ini adalah syariat Allah“.
Secepat kilat selepas itu siisteri menikam suaminya hingga mati......

SIAPA BERANI !

Jika tuan/puan ada cerita boleh hantar ke blog ini untuk disiarkan!

CERITA DARI BLOG SANUSI JUNID

Tokoh ini juga, disatu masa
dulu, telah menghantar isterinya ke ceramah-ceramah Abuya Arqam Ustaz
Shaari sehingga isterinya sendiri meminta supaya dia menikah seorang
lagi untuk memudahkan lagi bagi isterinya mendapat syurga.

Akhirnya beliau 'terpaksa'
menikah dengan pembantu rumahnya, yang berasal dari Indonesia, yang
sememangnya lebih awal beliau telah ambil untuk 'bekerja' di
rumah beliau, untuk membantu isterinya yang kononnya bertambah sibuk.
Bila isterinya, kerana pengaruh Abuya Shaari, mendesak supaya dia
menikah isteri kedua dia dengan lakunan marah menempik, 'I nak menikah
dengan siapa, I bukan ada girl-friend, you nak suruh I menikah dengan
tukang masakkah?' Isteri menjawab, 'Dengan tukang masak pun tidak
mengapa.' Maka tercapailah cita-cita bertiga mereka.

Jika tuan/puan ada cerita boleh hantar ke blog ini untuk disiarkan!

Karangan dari WhatsApp:

Take u time to read this...

*_FAMILY FIRST_*

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,

hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'RIP'.

Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik & ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan....Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,

kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya.

Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan

aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan.... Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah.." kertas itu basah karena titisan airmatanya..

Ya Allah maafkanlah aku....

Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun..... Oh Tuhan syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....

Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita. Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....

Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

FAMILY FIRST..

Love u all😘😘😘

smarompinphghttp://www.blogger.com/profile/07765031939653649942noreply@blogger.com0