Monday 11 September 2017

KAWIN

:: Untuk renungan kita bersama ::


Kahwin ni dik macam ni

Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga ❤

Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh 😬

Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan 😒

Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan ☹


Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam πŸ˜–

Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan πŸ˜…

Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang 😱

Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan 🌺

Ada masa rasa apasal lah macam ni kehidupan πŸ€”

Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 πŸ’°

Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan πŸ’Έ

Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman 😍

Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future 😜

Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka ✔❌

Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.

Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.

Realiti tak sama dengan fantasi πŸ’‘

Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.

Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.

Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.

Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.

:: #copypaste ::

Sunday 10 September 2017

KAWIN LAGI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/mencari-kebahagiaan-punca-suami-kahwin-lagi-1.516733#ixzz4sL48qeDK © Utusan Melayu (M) Bhd 

 “SEMUA lelaki berpendapat mereka mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk berpoligami. Berjaya atau tidak, berani atau takut semuanya terletak di tangan lelaki. Kalau tak ada sebab pun suami yang berhajat berkahwin lebih daripada satu akan mengadakan atau mencari-cari sebab untuk membenarkan keinginan mereka berkahwin lagi. “Sebagai isteri sudah pasti menentang hasrat suami mereka. Peperangan, pertengkaran demi pertengkaran dan berakhir dengan perang dingin sudah pasti berlaku. Bukan setakat dengan isteri, tetapi lebih teruk dengan anak-anak. Namun itu semua tidak mematahkan hasrat si suami hendak kahwin lagi. “Bagaimana pun akhirnya bukan suami yang jadi mangsa, tetapi isteri baru bukan sahaja dilemparkan pelbagai tuduhan, malahan maki hamun, ugutan dan cercaan. Saya tak bercakap pasal wanita lain, tetapi saya sendiri yang menjadi mangsa kerana sudi jadi isteri kedua.’’ Itu cerita Ariyanawati ketika menghubungi penulis bertanya tentang KSIT baru-baru ini. “Saya jadi mangsa cacian bukan ketika berita perkahwinan kami sampai ke telinga mereka kira-kira 12 tahun lalu, malah hingga kini walaupun suami saya sudah tiga tahun meninggal dunia. Mereka tidak pernah puas hati apa lagi terima saya, malah, keturunan dan negeri saya pun turut menjadi mangsa cacian mereka. “Sepanjang hidup, tidak pernah terlintas atau terfikir saya ingin ambil apa lagi merampas suami orang. Saya datang ke negeri ini kerana hendak bekerja. “Saya dapat tawaran dari saudara yang baru balik dari Semenanjung mengkhabarkan kilang tempat dia bekerja ingin mengambil ramai pekerja. Tertarik dengan peluang itu saya ikut saudara datang ke semenanjung menumpang di rumahnya untuk bekerja. “Memang kami bukan orang senang, kampung pun jauh di pendalaman, tetapi bila saya lihat banyak perubahan pada diri saudara saya itu, maka saya ingin menjadi sepertinya. Berani cuba mencari nafkah di tempat orang. Di kampung saya lulus SPM sudah dua tahun menganggur sebab tak ada kilang apa lagi projek-projek besar macam di Semenanjung. “Duit memang tak ada, tetapi emak terpaksa jual gelang pusaka nenek untuk saya buat tambang dan makan. Takkan tumpang rumah saudara, makan pun minta dia tanggung. Nasib menyebelahi saya, saya dapat kerja kilang tersebut. Dengan duit yang sedikit saya berjimat sementara dapat gaji dua minggu sekali. “Setelah tiga tahun bekerja ketika umur mencecah 24 tahun saya berkenalan dengan seorang lelaki yang pada awalnya saya panggil pakcik Aman sebab melihat dari wajahnya kelihatan tua. “Kami kenal sebab dia sering memerhatikan pekerjanya membaiki longkang, bersihkan bangunan dan kawasan keliling kilang. Perkenalan kami bermula apabila Aman secara tidak langsung perkenalkan pembantunya dan berkahwin dengan saudara saya. “Ketika menjadi saksi barulah saya tahu umurnya baru 50 tahun, dan kerana saudara saya panggil dia abang, maka saya pun panggil abang juga. Saya perhatikan dia baik dan dan dari situ kami kenal lebih rapat, sebab sering bertandang ke rumah saudara saya di mana saya menumpang. Akhirnya dia melamar saya jadi isteri keduanya. Terkejut saya! Memang saya tak berani sebab saya tahu bahana yang bakal saya tempoh nanti. Tetapi Aman beri jaminan dia tidak akan menganiaya saya. “Sebelum terima lamarannya saya tanya tentang hubungannya dengan anak isterinya, katanya hubungan mereka baik. Jadi kalau dah baik, mengapa mesti kahwin lagi? Jagalah isteri baik-baik. Katanya ‘baik’ bukan bermaksud isterinya jahat, sebaliknya sudah dingin, isterinya lebih pentingkan anak cucu daripada dirinya. Isterinya sudah dilengkapkan dengan segala apa yang diingininya, jadi sampailah masa dan ketikanya dia ingin menggembirakan dan membahagiakan dirinya sendiri. Dan setiap lelaki punya sebab mereka tersendiri untuk berpoligami yang sukar untuk diceritakan keinginannya kepada orang lain. “Saya tanya lagi apakah dia mampu berpoligami? Katanya dia ada tiga orang anak, semuanya sudah bekerja, yang sulung sudah berkahwin dan ada seorang anak. Katanya lagi perniagaannya bukan satu malah tiga. Tetapi dia pilih datang ke kilang tempat saya bekerja, sebab dia rasa selesa tambahan pula satu syarikat lagi diuruskan oleh anak sulungnya atas permintaan isterinya. “Dari perbualan kami Aman tidak pernah memburuk-burukkan isterinya, semuanya baik, tetapi katanya dia hendak kahwin lagi sebab dia ingin mencari kebahagiaannya sendiri, biarlah di hujung nyawanya dia dapat merasakan kebahagiaan. “Memang sedih bila dia cakap seperti itu, tetapi dia tidak pernah ceritakan mengapa dia tidak bahagia dengan isteri dan anak-anaknya. Amaran “Katanya dia hanya beritahu isterinya setelah dia berkahwin. Dan dia sedar perkahwinan ini datang bersama tanggungjawab. Dia telah laksanakan tanggungjawab itu dengan isteri pertama dan dengan sedikit kekuatan yang ada dia akan penuhi tanggungjawabnya dengan saya, jika sudi jadi isteri keduanya, dan dia tidak akan menceraikan isterinya. “Akhirnya kami berkahwin di sempadan, katanya dia ingin menjaga hati isterinya, selepas ini dia akan beritahu. “Sudah pasti perkahwinan kami banyak masalah. Bukan sahaja isteri, malah anak-anak ikut sama menyerang dan memaki hamun saya. Berita sampai ke telinga Aman. Lepas itu keadaan jadi aman, saya tidak diganggu lagi. “Rupanya Aman beri amaran jika isterinya mahu bercerai maka dia mesti sedia terima bahawa semua hartanya tidak akan jadi milik mereka lagi, akan dibahagi ikut kehendaknya. Sebab semua rumah, tanah dan syarikat atas namanya. Amaran Aman lagi rumah banglo yang mereka duduk sekarang bukan lagi jadi milik mereka jika tak mahu terima saya, sebaliknya mereka akan diberi rumah lain. Dia tidak perlu beri nafkah sebab anak-anak sudah bekerja, “Kata Aman dia tidak pernah berhasrat hendak ambil semua harta yang ada, sebaliknya itu jadi milik isteri pertamanya. Lainlah jika bercerai. Untuk saya dia akan berikan rumah lain jika ada rezeki. Kami kemudiannya dapat hidup aman, dan saya kemudiannya melahirkan tiga orang anak. Memang Aman suami yang bertanggungjawab. “Walaupun ada dua rumah, tetapi dia tetap balik rumah isteri tuanya, walaupun kehadirannya tidak berapa disenangi oleh isteri dan anak-anaknya. Terutama setelah Aman beri amaran tentang harta yang menjadi milik mereka selama ini. Kata Aman dia amat sedih dengan kerenah isterinya yang lebih sayangkan harta yang dia miliki daripada suaminya. “Kata Aman dia kahwin lagi bukan bermakna tak sayangkan isterinya, tetapi dia ingin cari kebahagiaan sendiri setelah dia berhempas pulas beri kesenangan hidup kepada keluarganya. Nak cerai boleh, tetapi mereka akan rugi. Itu amaran Aman kepada isteri dan anak-anaknya. “Amaran Aman memang dapat beri ketenangan kepada saya tetapi untuk sementara sahaja. Kerana selepas 10 tahun berkahwin, ketika anak-anak masih kecil Aman meninggal dunia. Gelap dunia saya ketika itu, sebab tidak bekerja lagi, tidak ada punca pendapatan. Bagaimana saya hendak membesarkan anak-anak. “Tetapi saya bersyukur Aman sempat menyiapkan sebuah rumah untuk saya yang dibina di atas sekeping tanah yang diberinya untuk saya. Di tepi rumah saya itu Aman dirikan rumah sewa tiga pintu, kata Aman ketika mendirikan rumah tersebut, rumah ini untuk saya, sementara rumah sewa itu untuk anak-anak saya bila mereka besar nanti. Tetapi semasa masih kecil, pendapatan dari sewa rumah itu boleh digunakan untuk membesarkan anak-anak dan persekolahan mereka. Katanya lagi, dia tidak ada banyak masa lagi untuk bina rumah lain untuk saya, itulah sahaja yang dia dapat buatkan untuk saya. “Katanya dia telah sediakan rumah, tiga buah rumah untuk isteri pertama dan anak-anaknya. Dan dia mahu rumah ini nanti menjadi milik saya untuk besarkan anak-anak, dia tak ada banyak duit kerana setengah dari simpanannya digunakan untuk beli tanah dan bina rumah untuk saya. Itu janji dan harapannya sebelum dia meninggal dunia secara mengejut kerana serangan jantung. “Tetapi setelah Aman meninggal dunia, anak-anaknya datang dan halau saya keluar dari rumah itu. Katanya rumah saya ini rumah pusaka yang menjadi milik mereka. “Kerana saya berkeras tidak mahu keluar mereka gunakan peguam halau saya. Atas nasihat kawan dan jiran mereka nasihatkan saya cari peguam juga. Tetapi saya tak ada banyak duit. “Namun untuk mempertahankan hak, saya terpaksa cari peguam juga yang sanggup terima bayaran yang murah dan beransur. Saya juga terpaksa benarkan mereka anak beranak ambil duit sewa rumah yang diperuntukkan kepada saya, walaupun telah diwasiatkan oleh arwah kepada saya, tetapi siapalah saya untuk pertahankan hak. “Apa yang amat menyedihkan saya, apakah cara lain dapat saya gunakan untuk mencari rezeki, hendak keluar bekerja anak-anak masih kecil dan saya tidak ada kemahiran, sekolah pun sampai SPM mana nak laku. Pengalaman cuma bekerja kilang. Kalau kerja kilang anak-anak saya siapa nak jaga, saya sebatang kara di sini, kepada sesiapa saya boleh minta bantuan. “Namun untuk meneruskan hidup, saya terpaksa sewakan bilik rumah saya ini kepada gadis-gadis yang bekerja di kawasan sekitar, saya juga berniaga kecil-kecilan jual jajan dan kuih muih untuk cari rezeki buat menanggung anak-anak. Namun saya bersyukur masih ada bumbung untuk berteduh dan lantai untuk tidur. “Saya juga berdoa mereka tidak halau saya keluar dari rumah ini, ke manalah saya hendak pergi jika dihalau. Saya sentiasa berdoa supaya hajat dan harapan arwah suami saya dirikan rumah ini akan terus jadi milik saya dan anak-anak. Kesimpulannya, berkahwin suami orang bukannya membahagiakan jika tanpa suami di sisi. Kesilapan arwah, dia belum sempat mewasiatkan rumah ini kepada saya dan anak-anak. “ Itu cerita Ariyanawati panjang lebar tentang nasih dan masalah yang dihadapinya dalam membesarkan anak-anak sebagai isteri kedua.

Wednesday 6 September 2017

HOW TO MAKE A MAN HAPPY:

David Cheah:
HOW TO MAKE A MAN HAPPY:

1. Feed him
2. Sleep with him
3. Leave him in peace
4. Don't check his phone (Msgs)
5. Don't bother him with his movements
6. Clean the house
7. Wash his cloth

So what's so hard about that?

HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY:

It's really not too difficult but... To make a woman happy, a man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a plumber
10. a mechanic
11. a carpenter
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate

WITHOUT FORGETTING TO:

44. give her compliments regularly
45. go shopping with her
46. be honest
47. not stress her out
48. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

49. give her lots of attention
50. give her lots of time, especially time for herself
51. give her lots of space, never worrying about where she goes

BUT MOST OF ALL IT IS VERY IMPORTANT:

  52. Should learn not to ask for change when u give money for shopping. Whatever u give out becomes rightly hers no matter how big the note is.
.........
TO MAKE A WOMAN HAPPY IS A SERIOUS BUSINESS OO πŸ˜„πŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜œπŸŒΉ Send this to everyone on your list. Make a happy home. Wishing you all a HAPPY FAMILY.

Tuesday 5 September 2017

CP WHATSAPP

*SUAMI ISTERI WAJIB BACA*
(Baca smpi habis, mungkin ada manik2 jernih di kelopak mata yg dtahan2kan, supaya tak jatuh😒)

Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi sesiapa yang meluangkan masa membacanya....

*MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN UBAH DIRI*
.

Satu hari saya bersembang bersama dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Ayah nak tahu tak, masa kecil-kecil dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila ayah dengan ibu sering bergaduh dan hampir-hampir nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Kata anak perempuan saya..
.
Saya hanya tersenyum saja.. teringat kisah lama.
.

Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya peristiwa ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.
.

Dahulu ayah berkahwin dengan ibu engkau atas dasar suka sama suka, tetapi ayah sendiri tak berapa pasti apa yang ayah suka pada ibu engkau, tapi apa yang ayah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang-kadang nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, ibu engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, ayah sendiri naik angin, kadang-kadang sampai baling barang kesana kemari. Ayah tahu, anak-anak semua jadi takut pada ayah, tapi ayah rasa ibu engkau selalu buat perkara yang ayah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang-kadang asing-asing. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, ayah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.
.

Satu hari ayah kerja outstation, cuba telefon ibu engkau nak bertanya khabar, ayah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Ibu engkau terus hempas telefon. Waktu itu ayah benar-benar frust, give up, rasa keseorangan, marah, ayah jerit sorang-sorang dalam kereta dan waktu itu ayah rasa ia betul-betul dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.
.

Malam tu ayah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat ibu engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call ibu engkau semula seperti mana yang ayah buat selalu, sebab ayah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini ayah nekad, apa nak jadi, jadilah. Ayah dah tak sanggup hidup bersama ibu engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum ayah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.
.

Dalam keadaan yang tak keruan itu, ayah tak sedar bila masa ayah bangun dan ayah ambil sejadah dan ayah solat ditengah-tengah malam. Ini jalan terakhir, ayah berdoa dan mengadu pada ALLAH. Itulah malam yang ayah tak boleh lupa hingga hari ini. Ayah mengadu yang kahwin dengan ibu engkau adalah satu kesilapan dan ayah dah tak mahu terusnya lagi. Memang ayah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak-anak, tetapi meneruskan hidup dengan ibu engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama ayah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba ayah mula konfius, ayah rasa ayah orang baik, ayah selalu betul dan ibu engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan ayah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya ayah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap ayah?
.

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi ayah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan ibu engkau, tiba-tiba ayah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran ayah. Seperti ayah mendapat kekuatan bercakap dengan diri ayah sendiri. "Ayah tak boleh nak ubah ibu engkau, ayah hanya boleh ubah diri ayah sendiri. Ayah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah."
.

Esoknya, ayah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation ayah sudah habis. Sesampai dirumah, anak-anak riang gembira sambut ayah balik, tapi ibu engkau bergegas pergi ke dapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan ayah, langsung tak bercakap dengan ayah pada hari itu.
.

Malam tu, ayah tidur, tapi ibu engkau bagi belakang aje kat ayah. Bila ayah dah rasa ibu engkau benar-benar tidur, ayah selimutkan dia, dan ayah perasan tiba-tiba dia terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini ayah tersenyum saje, tak seperti selalu.
.

Esok pagi, ayah datang dekat-dekat ibu engkau, ayah bagi salam, dan ayah tanya dia "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
.

Ibu engkau lihat ayah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"

Ayah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
.

"Awak memang tak boleh, dah bertahun awak. Pasal apa awak tanya ni?"
.

"Saya benar-benar ingin berubah kali ini, saya benar-benar ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."
.

Ibu engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul-betul nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu"
.

Mesti waktu tu ibu engkau jangka ayah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi ayah hanya senyum dan mengangguk, tup tup ayah pergi ke dapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah ayah bersiap-siap untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau ibu engkau merajuk, jangan harap apa-apa sarapan pagi akan ada. Tapi kali ini ayah tak kisah. Bila dah siap, ayah cium kepala ibu engkau dan ayah terus pergi kerja.
.

Esok pagi ayah buat perkara yang sama, pagi-pagi ayah bangun, ayah bagi salam kat ibu engkau dan ayah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
.

Mata ibu engkau masih pandang kelain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak-anak"
.

Ayah tarik nafas dalam-dalam, ibu engkau tahu, ayah kalut nak pergi kerja, dan ayah rasa dia sengaja nak tengok ayah nak mengamuk lagi, tapi kali ini ayah hanya senyum, ayah mengangguk, dan ayah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goreng dan air kopi panas. Semuanya ayah letak bawah tudung saji. Lepas tu, ayah sendiri tak makan, dan ayah bersiap utk pergi kerja sebab dah lewat. Sebelum pergi ayah cium kepala ibu engkau dan baru ayah pergi kerja.
.

Esoknya, pagi-pagi lagi ayah dah bangun, ayah gerak ibu engkau, bagi salam dan ayah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
.

"Tak ada apa awak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"
.

"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak"
.

Ibu engkau diam, mata dia pandang ke tempat lain, tapi ayah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila ayah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, ayah perasan ibu engkau lap mata dia.
.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa ayah tanya soalan yang sama pada ibu engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu ayah tanya soalan yang sama pada ibu engkau, tiba-tiba ibu engkau menangis dan peluk kaki ayah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya sayalah yang bermasalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".
.

Perlahan-lahan ayah angkat dagu ibu engkau dan ayah cakap,
"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak-anak saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayangkan awak"
.

Ayah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Patutnya saya yang tanya soalan itu"
"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
.

Ibu engkau renung ayah dan dia kata " Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak-budak kat rumah atok dia"
"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"
.

Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Ibu engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada ayah. "Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"
.

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan ibu dengan ayah lebih bahagia. Kadang-kadang masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing-masing, tidak seperti dulu lagi.
.

Ayah dan ibu kahwin dah lebih 20 tahun, ayah bukan saja sayang ibu engkau, ayah suka dia, ayah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat ayah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya ayah dah tak kisah. Ayah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.
.

Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Saya sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.
.

Marilah kita sama-sama mendalami ilmu kekeluargaan demi kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga kita semua.

-
Menerima tulisan ini daripada seorang sahabat melalui aplikasi Whatsapp tanpa diketahui siapa penulisnya. Didoakan yang menulis dan memanjangkannya diberikan pahala yang melimpah ruah. Nasihat yang bermanafaat ❤